Punca Darah Tinggi & Cara Atasinya

Apakah itu Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang.

Penyakit darah tinggi termasuk penyakit yang banyak dihidap oleh masyarakat diseluruh dunia.

Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.Jantung kita bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan.

Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga (turunan) atau faktor genetik, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu.

Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.

Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

Punca Tekanan Darah Tinggi

Hampir 90% pengidap hipertensi, penyebabnya tidak diketahui dan keadaan ini dikenal sebagai hipertensi esensial atau hipertensi primer.

Hipertensi esensial kemungkinan memiliki banyak penyebab, beberapa perubahan pada jantung dan pembuluh darah kemungkinan bersama-sama menyebabkan meningkatnya tekanan darah.

Penyebab hipertensi lainnya yang jarang berlaku adalah feokromositoma, iaitu tumor pada kelenjar adrenal yang menghasilkan hormon epinefrin (adrenalin) atau norepinefrin (noradrenalin).Menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Dr Chia Yook Chin, sebagaimana yang dilaporkan di dalam akhbar Metro Ahad bertarikh 13. Oktober. 2013, peratusan penghidap penyakit darah tinggi di negara ini bertambah sebanyak 30 peratus sejak tahun 2006 dengan anggaran 4.8 juta individu menghidap penyakit itu ketika ini. 

Daripada jumlah tersebut, dua pertiga daripada mereka tidak menyedari perkara itu sehnngga mendapatkan pedalam meriksaan lanjut daripada doctor kerana penyakit ini tiada simpton.

Kegemukan (Obesiti), gaya hidup yang tidak aktif (kurang senaman), stres, ketagihan alkohol atau terlebih garam dalam makanan adalah antara penyumbang terjadinya hipertensi.

Stres juga cenderung menyebabkan kenaikan tekanan darah untuk sementara waktu, jika stres telah berlalu, maka tekanan darah biasanya akan kembali normal.

Secara kesimpulannya, berikut kami nyatakan beberapa punca utama yang sudah dikenalpasti

Punca Darah Tinggi.
  1. Sejarah Hipertensi dalam keluarga
  2. Obesiti
  3. Pengambilan garam dan alcohol yang berlebihan
  4. Merokok
  5. Tekanan yang melampau
Cara Menurunkan Darah Tinggi
Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, ikutilah tip-tip berikut:
.
1. Kurangkan berat badan.Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.
.
2. Bersenamlah dengan kerap
Cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu.
Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
.
3. Kurangkan pengambilan garam .
Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Limitkan kepada kurang daripada 2.3g sehari. 
Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang.
Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
.
4. Jangan merokok
Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. 
Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa
.
5. Kurangkan Stres.
Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu.
Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
.
6. Amalkan diet yang lebih baik.
Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. 
Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein. 
Makan hanya apabila lapar, berhenti sebelum kenyang. Ini yang terbaik.
Jika boleh berpuasa setiap isnin dan khamis juga bagus. Kurangkan portion nasi dan lebihkan serat (fiber) seperti ulam-ulman,  buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
.
7. Amalkan Teh Herba Triple T
TRIPLE-T merupakan satu-satunya teh herba yg di formulasikan dari herba-herba tempatan yang mana telah menjalani kajian saintifik selama 7 tahun.
Pengasas produk ini ialah Dr Azlan, yang merupakan seorang pakar toksikologi.
Triple-T mengandungi gabungan herba terpilih iaitu O.stamineus, F. deltoidea dan C.sinensis.Setiap daripada bahan yang digunakan dalam Triple-T mempunyai fungsi dan kebaikkannya tersendiri.

Berikut kami paparkan beberapa testimoni pengguna teh herba hasil formulasi Dr Azlan ini

Semua testimoni yang dipaparkan di atas ini adalah real, bukannya rekaan semata-mata.

Namun begitu, kesannya sudah semestinya berbeza-beza bagi setiap individu.

Untuk info lanjut mengenai produk ini boleh ke klik gambar di bawah

One comment on “Punca Darah Tinggi & Cara Atasinya
  1. Harniawati amir says:

    D mana mau dapatkan ada ka jual d farmasi atau watson

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Top